Monday, 26 March 2012

Jangan berharap. :)

Assalamualaikum..ni kali ak nda dapat smbg entry ak yg sebelum ni..nanti ak sambg oke??hehehe

tajuk entry ak kali ni,, "JANGAN BERHARAP". kamu penah ka suka urg tapi dia suda ada bf/gf?? kalau ak ,,ada..dulu2laa..hehehe..

ni kali la ak nak kasi tw kt korg..if kmu ada crush..jgn berharap trus sama dia..takut nanti hati kita ni susah mw lupa dia..if kmu betul2 suka dia,,dont give all ur heart to her/him..just sedang2 seja ba..kmu tw,,sakitnya hati bila kmu dikecewakn oh org yg kmu syg..sakit sgt..mcm kna hiris2 ba hati tu..lepas tu kna taruk garam n cuka~~ yaw~~~

ni,,kalau korg nak cepat lupa dia..ni ak ada jumpa story kt Google cara2 nak lupakan urg yg kita syg..do read it..boleh dijadikan pengajaran.. :D

Lupakan Dia.. :)
Seorang lelaki,Salim bertemu dengan rakannya,Mahmud di satu persimpangan jalan. Salim kelihatan sangat dukacita dan apabila bertemu dengan rakannya itu,maka ia terus menangis. Mahmud terkejut dan segera menenangkan rakannya itu. Lalu,mereka duduk di sebelah pohon yang besar.Salim masih lagi menangis.Apabila dia reda,barulah Mahmud menanyakan apakah masalah yang dihadapi oleh rakannya itu.

Mahmud: Ceritakan apa yang berlaku,sahabatku.

Salim: Aku telah berkenalan dengan seorang wanita.

Mahmud: Alhamdulillah. Kau telah bertemu dengan jodohmu. Tetapi mengapa kau masih berduka cita?

Salim: Aku berkenalan dengannya beberapa minggu yang lepas. Perkenalan ini membawa perasaan cinta kepada diriku. Aku jatuh cinta padanya. Dia amat baik,cantik dan mempunyai pegangan agama yang kuat. Dialah satu-satunya manusia yang sempurna pernah ku lihat.

Mahmud: Lalu,apa masalahnya?

Salim: Pagi tadi,dia bertemu denganku. Dia menyedari bahawa aku sudah jatuh cinta padanya. Maka,dia pun memberitahuku,bahawa dia tidak mahu berjumpaku lagi kerana dia tidak mencintaiku.Dia khuatir,apabila aku semakin kerap berjumpanya,cintaku akan mekar,sedangkan cintanya tidak pernah hidup. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan ku,maka dia mengambil keputusan untuk tidak berjumpa lagi denganku.

Mahmud: Sesungguhnya itu merupakan berita yang amat mengecewakan.

Salim: Ya,aku amat mencintainya. Namun dia tidak pernah mencintaiku. Cintaku ditolak mentah-mentah. Sahabatku,bagaimanakah aku mampu melupakan dia?

Mahmud terdiam.Setahunya,kebanyakan sahabat yang berjumpa dengannya adalah sahabat yang gembira dengan percintaan masing-masing.

Mahmud: Baiklah.Untuk melupakannya,kau haruslah mencuba sesuatu yang baru.

Salim: Maksud kau?

Mahmud: Selalunya,orang yang kecewa adalah orang yang semakin kuat semangatnya. Orang yang kuat semangatnya adalah orang yang mampu mencipta sesuatu yang baru. Kau lakukanlah suatu hobi yang jarang kau lakukan,kau kembangkan,dan kau fokuslah pada perkara yang kau lakukan.

Salim: Selain itu?

Mahmud: Kau keraplah bertemu dengan rakan-rakan,bergembira dan kau lupakanlah sebentar tentang memori kau bersama dia.

Salim: Tetapi,itu mustahil...Aku sukar melupakannya.

Mahmud: Kau tidak pernah mencuba! Kau harus mencubanya! Ia amat berkesan!

Salim: Baiklah...Selain itu?

Mahmud: Kau perlulah membuang segala perkara yang berkaitan dengannya. Hadiah,jika ada. Nama yang kau ukir,segala-galanya tentang dia,haruslah kau hapuskannya kerana setiap perkara yang berkaitan dengannya,akan kau kenang,lalu,hapuskanlah.

Salim: Itu cadangan yang lebih rasional. Lagi?

Mahmud: Bila bertemu dengannya,jangan pandang pada wajahnya. Cukuplah kau ukir senyuman,tanda persahabatan,kemudian kau pergi jauh daripadanya.

Salim: Hurmm...Baik...Lagi?

Mahmud: Kau perlu seorang sahabat yang sangat setia mendengar luahan hati engkau. Dalam hati engkau mempunya cinta yang terbakar. Maka,kau perlu membuang abu dan asapnya supaya ia tidak mekar seperti yang kau mahukan. Buanglah abu dan asap tersebut kepada sahabat yang kau percayai. Kau luahkanlah sentiasa apa yang kau rasa. Lama kelamaan, kau akan berasa tenang,dan kau mula melupakannya.

Salim: Hurmm...Aku akan memilih kau. Aku percayakan kau lebih daripada nyawaku sendiri.

Mahmud: Terima kasih,Salim. Aku harap aku tidak mengecewakan kau.

Salim: Insyallah...Ada lagi,Mahmud?

Mahmud: Kau boleh sahaja mencari kekasih yang lain.Tetapi ingat,Islam mempunyai dasar yang terbaik untuk kau elakkan zina. Kau menikahlah. Atau sekurang-kurangnya,kau carilah wanita yang lebih baik daripadanya.

Salim: Tetapi dialah yang terbaik buatku.

Mahmud: Mustahil! Pasti ada yang lebih baik daripadanya! Kau carilah,dan kau cintailah wanita itu.Pasti kau akan melupakan kekasih lamamu.

Salim: Baik,aku akan cuba. Ada lagi?

Mahmud: Paling penting sekali,kau haruslah sering menambahkan ibadatmu kepada Allah. Dahulu kau sering bertemu dengan kekasihmu. Kini kekasihmu meninggalkan kau, namun, Allah merupakan satu-satunya kekasih yang tidak pernah meninggalkan kita.


Selamat mencuba buddy!! :)


p/s: jgn kecewakan mak bapak kita..perjalan kita masih jauh..keep looking forward~~ hehehe :D 

2 comments: